comscore
Tumpuan :
Nasional

44 pam disediakan PAIP hadapi musim kemarau

Foto hiasan

KUANTAN: Bagi memastikan Loji Rawatan Air (LRA) terus beroperasi ketika penurunan paras sumber air mentah, berikutan musim kemarau ketika ini, Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) menyediakan 44 pam bernilai RM8.5 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, Datuk Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, penyediaan pam itu diharap membantu bagi pelaksanaan Pelan Kesiapsiagaan dan Operasi Tunggu Sedia PAIP yang bermula sejak Januari lalu.

Katanya, antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk kerja pencucian muka sauk di 20 tempat dengan kos RM350,000 bagi memastikan bekalan sumber air mentah tidak terjejas berikutan musim kemarau dan bekalan air terawat yang dihasilkan tidak berbau.

“Selain itu, penyelenggaraan peralatan mekanikal seperti baik pulih pam dan penyediaan pam dengan kos RM1 juta,” katanya.

Susulan musim kemarau, Saiful Zaini berkata, penggunaan air mestilah secara berhemah.

Katanya, sekiranya berlaku gangguan bekalan air, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (Pulapel) melalui talian 09-5739999 yang akan beroperasi selama 16 jam bermula 7 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini