comscore
Tumpuan :
Nasional

5 sekeluarga nyaris maut, kereta jatuh gaung

FOTO: NSTP / Ihsan Bomba

HULU SELANGOR: Lima sekeluarga nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam 40 meter di Jalan Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Mangsa terdiri daripada suami isteri berusia 35 dan 32 tahun serta tiga anak berusia 6, 8 dan 14 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.41 pagi tadi.

Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat lima sekeluarga selepas kereta dinaiki mereka terjatuh dalam gaung sedalam 40 meter di Jalan Kuala Kubu Bharu, hari ini. FOTO: NSTP / Ihsan Bomba

Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, nahas membabitkan sebuah kereta Proton Satria dan terdapat lima mangsa di dalamnya.

“Bagaimanapun, maklumat dan status kecederaan mangsa masih dalam siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata, ketika ini anggota bertugas sedang menjalankan operasi menyelamat keluarga itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini