comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekas tentera maut, kereta jatuh gaung

Oleh: Zahir Senapiah

KLUANG: Seorang bekas tentera maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam tujuh meter di Kilometer KM65, Jalan Yong Peng, Kluang malam semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 11.30 malam ketika mangsa yang dikenali sebagai Samsuri Noh, 52, dalam perjalanan ke bandar Kluang.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati mangsa memandu seorang diri dari arah bulatan T6 menghala ke Kluang.

Apabila sampai di tempat kejadian kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di sebelah kanan jalan.

Akibat kemalangan itu mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai KKM yang ada di lokasi.

Difahamkan mangsa keluar dari rumah pada 24 Febuari kira-kira jam 10 malam dan kemalangan berlaku jam 11.30 malam.

Bagaimanapun kereta dan mayat mangsa hanya ditemui kira-kira jam 6.40 petang semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini