comscore
Tumpuan :
Nasional

500 berhimpun di pekarangan Istana Kehakiman sejak pagi

Sebahagian daripada orang ramai yang berhimpun di Pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya. FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Lebih 500 orang berhimpun di pekarangan Istana Kehakiman di sini, susulan keputusan akhir petisyen dikemukakan seorang peguam dan anaknya bagi mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Himpunan Selamatkan Syariah itu turut dihadiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob; Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadli Shaari dan Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman.

FOTO: Reuters

Turut kelihatan hadir pada himpunan sama ialah Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin dan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.

Mereka berkumpul sejak jam 8.30 pagi tadi.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan dijadual memutuskan keputusan akhir petisyen dikemukakan seorang peguam dan anaknya bagi mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Peguam terbabit, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan 18 kesalahan syariah dalam enakmen Kelantan atas alasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bertindak melangkaui bidang kuasa.

FOTO: Reuters

Mereka juga memohon mahkamah mengisytiharkan DUN Kelantan tidak mempunyai kuasa membuat enakmen berkaitan kesalahan jenayah syariah yang terpakai kepada orang Islam saja.

Petisyen yang penuh kontroversi berkenaan sebelum ini mendapat perhatian banyak pihak terutama bantahan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini