comscore
Tumpuan :
Nasional

500 hadiri pengebumian Muhamad Syafiq

Jenazah Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said ketika tiba di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang. – FOTO: NSTP

KUANTAN: Jenazah Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said yang maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, awal pagi semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang, di sini, jam 5.50 petang tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba dari Johor Bahru di rumah bapanya di Taman Seri Mahkota Jaya, Batu 11 Jalan Gambang, di sini, kira-kira jam 4.40 petang sebelum disolatkan kira-kira 30 jemaah termasuk Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman.

Majlis pengebumian dihadiri kira-kira 500 orang meliputi ahli keluarga, rakan serta pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang serta Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kuantan untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Bapa Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq, Ahmad Said Md Piah,65,kelihatan sedih ketika pengebumiam anaknya. – FOTO: NSTP

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Yahaya turut menyerahkan Jalur Gemilang yang membaluti keranda Muhamad Syafiq, kepada bapa Allahyarham, Ahmad Said Md Piah.

Awal pagi semalam, negara digemparkan dengan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, oleh seorang lelaki bersenjatakan parang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini