comscore
Tumpuan :
Nasional

6 buah rumah dua tingkat terbakar di Sungai Petani

Salah sebuah daripada enam buah rumah yang terbakar di Taman Sri Putra. Foto Ihsan Bomba

SUNGAI PETANI: Enam buah rumah kelas B dua tingkat di Taman Sri Putra dilaporkan terbakar hari ini.

Bagaimanapun tindakan pantas anggota Bomba yang tiba dengan cepat berjaya menyelamatkan api dari terus merebak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 8.16 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Sungai Petani yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Syahlan Shuib tiba di lokasi bersama 10 anggota.

“Operasi turut dibantu sembilan anggota dari BBP Tikam Batu dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bakar Arang.

“Setibanya di lokasi didapati kebakaran membabitkan enam rumah dua tingkat yang menyebabkan sebuah rumah musnah 85 peratus manakala sebuah lagi terbakar 70 peratus dan dua lagi rumah musnah antara 60 dan 40 peratus.

“Dua lagi rumah masing-masing terbakar 30 dan lima peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata, hasil pemeriksaan mendapati, tiada mangsa dilaporkan berada dalam kesemua rumah terbabit ketika kebakaran berlaku.

Beliau berkata, api berjaya dikawal pada jam 9.15 malam dan setakat ini kerja-kerja overhaul sedang dilakukan di lokasi kebakaran.

“Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan Bahagian Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini