comscore
Tumpuan :
Nasional

8 individu dirakam keterangan berkait isu resit tempahan piza hina Islam

BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, dua daripada lapan individu itu adalah pekerja restoran rangkaian piza itu.

“Kita jalankan siasatan secara menyeluruh. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Semalam, media melaporkan mengenai gambar resit yang tular di media sosial selepas dimuat naik di aplikasi X sejak kelmarin dan menimbulkan salah faham apabila ia didakwa ditulis pekerja restoran berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini