comscore
Tumpuan :
Bencana

8 rumah terjejas akibat ribut

Foto: APM

BANDAR BAHARU: Lapan rumah di Kampung Padang, Mukim Kechil Hilir, di sini mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5 petang.

Beliau berkata, pemantauan dan tinjauan dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bandar Baharu mendapati kesemua lapan rumah yang terjejas akibat ribut dan kebanyakannya mengalami kerosakan pada bumbung yang diterbangkan angin kuat.

“Kejadian pokok tumbang itu turut menghempap rumah dan garaj kereta,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Rahim berkata, kit bantuan awal juga surut diberikan kepada isi rumah yang terjejas.

Beliau berkata, pemantauan juga dilakukan dari semasa ke semasa.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan,” katanya.

Loading...
Terkini