comscore
Tumpuan :
Nasional

92 projek perumahan sakit dan terbengkalai berjaya dipulihkan

Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Oleh Ifara Wahid

PETALING JAYA: Sejumlah 92 projek berjaya dikeluarkan daripada senarai projek lewat, sakit dan terbengkalai bagi suku tahun pertama ini.

Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata bagi tempoh 31 Disember 2022 hingga 31 Mac 2023 sebanyak 80 projek perumahan swasta telah menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan manakala 12 projek pula berjaya dikeluarkan dari kategori ini dan masih dalam pemantauan sehingga kembali lancar mengikut jadual pembinaannya.

“Jumlah keseluruhan bagi semua ini ialah RM5 bilion bersamaan dengan sebanyak 6,700 unit rumah. Statistik ini menunjukkan penurunan dan dilihat sebagai satu perkembangan yang positif.

“Pasukan Task Force juga telah mengenalpasti data keseluruhan projek perumahan berlesen dan mengesan pergerakan projek perumahan swasta yang lancar, lewat, sakit dan terbengkalai,” katanya ketika sidang media KPKT di sini, pagi tadi.

Tambahnya, KPKT juga berjaya mengenalpasti sebanyak 95 projek perumahan swasta sakit yang menghadapi isu berkaitan utiliti seperti sambungan bekalan elektrik, bekalan air, kemudahan jalan dan sebagainya selain faktor utama iaitu isu kewangan syarikat.

“Task Force juga mengesahkan bahawa statistik sehingga 31 Mac 2023 menunjukkan sebanyak 435 projek adalah dikategorikan sebagai Projek Sakit dan 112 Projek Terbengkalai.

“Sementara itu, sehingga 30 April tahun ini, sebanyak lapan Projek Sakit PR1MA telah berjaya disiapkan dan menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan di negeri Perak, Sabah, Johor, Kedah dan Selangor,” tambah beliau.

Beliau juga berkata, RM29 juta akan diperuntukkan oleh kerajaan bagi membantu para pemaju projek perumahan yang berharga RM300 ribu ke bawah agar dapat bangkit semula.

Loading...
Terkini