comscore
Tumpuan :
Nasional

KPKT salur peruntukan tambahan RM2 juta kepada PBT Perak

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. – Foto NSTP

IPOH: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak.

Menterinya Nga Kor Ming berkata sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan, yang dijangka siap tahun ini.

“Peruntukan ini akan menjadikan bandar raya Ipoh lebih selamat memandangkan kawasan yang terang kadar jenayahnya pun kurang.

“Sumbangan RM10,000 turut diberikan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk menggantikan kelengkapan pejabat termasuk penyaman udara yang rosak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Panggong Silver Star dan Pesta Tanglung Kampung Simee 2023 di sini hari ini.

Pada 4 September lepas, Nga mengumumkan KPKT meluluskan sejumlah peruntukan bernilai RM68 juta kepada 15 PBT di Perak menerusi Peruntukan Pembangunan BP1 merangkumi projek bina baharu kemudahan, menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam.

Loading...
Terkini