comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Acu senjata, samun wang jualan durian

 

BENTONG: Pembantu gerai durian di Kawasan Perindustrian Benus, di sini berdepan detik cemas apabila disamun lelaki bersenjata menyerupai pistol, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian jam 4.44 petang ketika wanita berusia 38 tahun itu berseorangan di gerai terbabit.

Tangkap layar video tular kejadian lelaki mengacukan senjata menyerupai pistol ke arah pembantu gerai durian sebelum melarikan wang jualan di Bentong.

“Wanita warga asing itu didatangi lelaki yang memandu Proton Wira. Suspek kemudian mengacukan senjata menyerupai pistol ke arah mangsa.

“Dia mengarahkan wanita terbabit menyerahkan wang hasil jualan sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, mangsa yang bekerja dengan lelaki warga tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya kini giat mengesan suspek untuk siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 26 saat memaparkan seorang lelaki yang menaiki Proton Wira merompak gerai jualan durian di Kawasan Perindustrian Benus, di sini.

Loading...
Terkini