comscore
Tumpuan :
Nasional

“Adakah datuk bangga dengan apa yang saya capai?” – Leona

KUALA LUMPUR : Pempengaruh, Kasih Iris Leona meluahkan rasa dukacita di atas kematian datuknya, Datuk Pahamin Rajab, malam semalam.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Leona masih tidak percaya dengan pemergian datuknya, yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Heathrow London, United Kingdom 11:30 malam tadi waktu tempatan.

Artikel berkaitan: Datuk Pahamin Rajab meninggal dunia akibat serangan jantung

Leona yang juga pelatih industri di AirAsia Berhad, turut melahirkan rasa hibanya apabila tidak lagi dapat berkongsi kejayaannya kepada datuknya yang merupakan bekas pengerusi dan pengasas bersama syarikat penerbangan itu.

“Sepanjang hidup saya mahu membanggakan Tok Pok tapi datuk dah tidak bersama kami lagi, saya sudah tidak punyai peluang untuk bertanya ‘Adakah datuk bangga dengan apa yang saya capai?” luahnya.

Hantaran Leona itu turut mendapat komen daripada Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, yang percaya bahawa Leona akan mewarisi kerja keras datuknya itu untuk membawa syarikat penerbangan itu ke tahap yang lebih tinggi.

Difahamkan, allahyarham dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi cucunya di London.

Bapa Leona, Azhar Sulaiman dan ahli keluarga lain dimaklumkan akan berangkat ke London, esok.

Loading...
Terkini