comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Wesak

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.

Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Seri Paduka Baginda bertitah keharmonian antara kaum sentiasa menjadi tunjang perpaduan negara.

“Selamat Hari Wesak diucapkan kepada semua penganut agama Buddha di negara ini,” titah Seri Paduka Baginda melalui hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Perayaan Hari Wesak disambut hari ini.

Hari Wesak disambut penganut Buddha sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia. -BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini