comscore
Tumpuan :
Nasional

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama mula perlahan 

Plaza Tol Gombak arah KL. FOTO: LLM

Oleh : Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang dilaporkan mula perlahan setakat jam 12.50 tengah hari tadi berikutan warga kota pulang ke rumah selepas cuti perayaan Deepavali.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Buletin TV3 memaklumkan, beberapa kesesakan berlaku dari arah utara menuju ke ibu kota.

“Keadaan trafik bergerak perlahan dari Kuala Kangsar ke Hentian Rehat dan Rawat R&R Sungai Perak sepanjang 9.8 kilometer .

Trafik juga perlahan dari Ipoh ke Simpang Pulai sejauh 1.1 kilometer dan Gopeng ke Tapah sejauh 1.5 kilometer.

“Satu kemalangan membabitkan dua motosikal berlaku dari arah Kuala Kangsar ke Terowong di Kilometer 254.1 arah selatan.

”Mangsa telah dibawa ke hospital berhampiran dan kenderaan terlibat telah dialihkan.

Tetapi aliran trafik di kawasan tersebut masih tinggi dan perlahan,” katanya.

Situasi sama turut dikesan di lebuh raya dari arah Selatan antaranya laluan Seremban ke Mambau SPDH(E29) arah Selatan, Hentian Sebelah Senawang ke Seremban arah Utara,  Jejantas Ayer Keroh ke Hentian Sebelah Pedas Linggi arah Utara, Simpang Renggam ke Sedenak arah Selatan dan Singapura ke Malaysia (Tambak Johor).

”Begitu juga dari Pantai Timur iaitu laluan di Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi arah Barat, Plaza Tol Gombak arah KL, Temerloh ke Lanchang arah Barat dan Lanchang ke Plaza Tol Karak,”.

Sementara itu, laluan di LPT2 dilaporkan lancar di semua lokasi.

Trafik dijangka meningkat pada sebelah petang dan pengguna lebuh raya dinasihat mematuhi cadangan waktu perjalanan yang dikeluarkan untuk mengelak kesesakan teruk.

Loading...
Terkini