comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Amaran DBKL kepada penjaja bazar Ramadan sewakan tapak kepada pihak ketiga 

 

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan tegas ke atas penjaja bazar Ramadan yang bertindak menyewakan tapak mereka atau memberi kebenaran berniaga kepada pihak ketiga termasuk warga asing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata kementerian itu khususnya melalui DBKL, memandang berat eksploitasi sedemikian, selari dengan dasar berterusan yang dilaksanakan agensi terbabit.

“Misalnya kalau pemilik lesen beri kepada orang lain (meniaga) atau tak patuhi kehendak yang diletakkan dalam garis panduan, memang kita akan ambil tindakan.

“Dari segi tindakan, ada yang kita gantung lesen sementara atau ambil terus lesen mereka… lihat juga pada keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Projek Baiti Jannati (PBJ) dan Projek Mesra Rakyat (PMR) di Dataran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini hari ini.

Zaliha diminta mengulas tindakan tegas yang akan diambil sekiranya ada penjaja memanipulasi menerusi sewa atas sewa bagi tapak mereka termasuk warga asing.

Selain itu, ada peniaga sebelum ini didakwa bertindak membenarkan bukan pemegang lesen menguruskan tapak bazar mereka.

Zaliha turut mengingatkan penjaja yang menyewa tapak bazar Ramadan supaya mematuhi semua syarat ditetapkan.

“Apabila kita beri lesen kepada pemilik (lesen), dia kena meniagalah,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini