comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran hujan sangat lebat di Pahang, Johor hingga Isnin

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan daerah yang terbabit di Pahang adalah Rompin, manakala Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.

Dalam kenyataan sama, MetMalaysia turut memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan berlaku sehingga Isnin ini di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Di Kelantan ia membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh; Pahang (Kuantan dan Pekan) manakala Johor (Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru).

Selain itu, hujan berterusan tahap waspada diramalkan berlaku di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai; Pahang (Jerantut dan Maran) dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian) sehingga Isnin ini. – BERNAMA

Loading...
Terkini