comscore
Tumpuan :
Nasional

Ambang Tahun Baharu: Polis fokus samseng jalanan ubah suai motosikal 

Oleh Naim Fitri Abu Bakar

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang memberi amaran kepada pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan menjelang ambang Tahun Baharu 2023.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, seramai 1,081 pegawai dan anggota polis terbabit dalam pemantauan di kawasan tumpuan dan lalu lintas sekitar negeri.

Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dengan samseng jalanan yang melanggar undang-undang.

Beliau berkata, polis bersama beberapa agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengadakan operasi bersepadu sempena ambang tahun baharu bermula esok.

“Kita akan memeriksa motosikal yang membuat modifikasi seperti ekzos selain kita akan mengambil tindakan terhadap kesalahan ini secara berterusan supaya dapat menangani aktiviti dan isu samseng jalanan ini.

“Kita juga akan memastikan pelancong yang menginap inap desa di sini mengikut undang-undang dan tidak mengganggu ketenteraman jiran serta tidak mengadakan ‘private party’ seperti aduan yang diterima sebelum ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kotinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini.

Polis juga akan melakukan penguatkuasaan parkir haram di kawasan tumpuan pelancong yang dikenalpasti mengutip bayaran terhadap pengunjung dan juga pusat hiburan yang tidak berlesen.

Tambah Datuk Fisol, sepanjang tahun ini seramai 108 samseng jalanan yang ditahan dan tindakan sitaan akan diambil terhadap kesalahan modifikasi kenderaan secara haram.

“Operasi ini akan diteruskan dengan menumpukan pemeriksaan di bengkel haram yang menjalankan kegiatan modifikasi tanpa kebenaran.”Kita bersama beberapa agensi yang terlibat akan membuat pemeriksaan ke atas semua bengkel di lima daerah di negeri ini,” katanya.

Loading...
Terkini