comscore
Tumpuan :
Nasional

Anak arwah Bella tanya tertuduh di mana ibunya

 

FOTO: NSTP

BATU PAHAT: Eusof Abdul Fatah, yang juga anak sulung Bella atau Mila Sharmila Samsusah, 32, secara spontan bertanya kepada Mohammad Haikal Mahfuz ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat, bagi sebutan semula kes tuduhan membunuh wanita itu, Disember lalu.

“Uncle… Uncle… mami mana,” itulah reaksi anak lelaki Bella yang didengari sebaik melihat kelibat Mohammad Haikal.

Eusof, 5, berbaju hitam bertanya soalan itu sambil ditemani ahli keluarganya.

Dia yang mula bersekolah di Johor Bahru, semalam kelihatan tenang dan beberapa kali bertanyakan soalan sama terhadap teman lelaki ibunya itu.

Dalam pada itu, ibu saudaranya, Norhisham, 36, berkata sejak pemergian Bella, anak saudaranya itu kerap bertanyakan mengenai ibunya.“Dia (Eusof) selalu bertanyakan saya maminya mana, saya beritahu mami itu ‘uncle’ dah bawa dia ‘pergi’.

Saya beritahu ‘umi bawa awak jumpa uncle’ nanti awak tanyalah dia.

“Sebab itulah, dia secara spontan bertanya hal itu pada Mohammad Haikal. Bila kami dengar pertanyaan itu, kami sayu seketika,” katanya ketika ditemui selepas prosiding sebutan semula kes pembunuhan Bella di Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini.

Menurutnya lagi, dia sekeluarga turut terperanjat dengan keberanian Eusof bertanyakan soalan itu di khalayak ramai.

Selain Eusof, Bella mempunyai seorang lagi anak perempuan, Maream Isabel, 3, yang kini dalam jagaan neneknya, Noraini Salleh, 55.

Sementara itu, Norhisham atau lebih dikenali sebagai Ayu berkata, Ramadan kali ini agak sayu memandangkan mereka menyambutnya tanpa kehadiran Bella.

Katanya, pada hari pertama Ramadan ditambah pula Johor cuti umum, mereka sekeluarga biasanya  akan berkumpul untuk berbuka bersama-sama.

“Suasana kali ini agak berlainan, kami terasa sangat kehilangan Bella. Kami sedih apabila melihat anak Bella menyambut Ramadan tanpa ibu di sisinya.

“Sekarang ini, kami rasa ‘nothing’ (kosong) cuma terkilan apabila Bella tidak sempat melihat Eusof bersekolah.” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini