comscore
Tumpuan :
Nasional

Ancaman bom palsu: Polis rakam keterangan Menteri MOTAC

KUALA LUMPUR: Polis akan merakam keterangan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, berhubung kejadian ancaman bom di pejabat menteri berkenaan semalam.

Proses rakaman percakapan akan dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, A Asmadi Abdul Aziz, berkata pihaknya juga telah merakam keterangan beberapa saksi lain bagi membantu siasatan.

“Keterangan saksi-saksi telah diambil dan kita akan merekod keterangan menteri (King Sing) dijangka tengah hari ini.

“Seperti yang dilaporkan sebelum ini pihak polis juga mengesahkan bahawa bungkusan yang dialamatkan pada menteri berkenaan adalah ancaman bom palsu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

A Asmadi berkata, bom palsu itu disahkan selepas Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan pemeriksaan menggunakan dua anjing pengesan dan teknologi keselamatan.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), bungkusan berisi bahan letupan menyerupai bom itu dihantar menerusi syarikat kurier pada jam 11.19 pagi semalam.

Bungkusan diambil dan dibawa naik ke tingkat 14 pada jam 2.45 petang dan apabila dibuka didapati ia diletakkan bersama paip polyvinyl chloride (PVC), wayar dan ‘timer’ (penentu masa).

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Letupan dan Bahan Api 1957.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini