comscore
Tumpuan :
Nasional

Angin timuran di Pahang, Johor, Sarawak, Sabah hingga Selasa depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Penumpuan angin timuran dijangka berlaku di Pahang, Johor, Sarawak dan timur Sabah sehingga Selasa depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, berkata jangkaan itu berdasarkan analisis model cuaca yang dilakukan.

Katanya, keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit.

“Sementara itu, METMalaysia juga mengemas kini amaran hujan berterusan membabitkan timur Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga Ahad ini.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora turut dikeluarkan yang berkuat kuasa sehingga 8 Januari depan.

“Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam,” katanya.

Justeru, orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini