comscore
Tumpuan :
Nasional

ANGKASA hargai peranan petugas Media Prima Berhad

PETALING JAYA: Sebanyak 200 pek juadah berbuka puasa telah diagihkan kepada warga kerja Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Media Prima Berhad sebagai tanda menghargai hubungan baik dan peranan syarikat penyiaran itu dalam menyampaikan maklumat serta penerangan berkaitan gerakan koperasi sebagai platform kesejahteraan sosioekonomi negara.

Pek berbuka disampaikan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada Timbalan Ketua Pengarang Berita dan Ehwal Semasa Media Prima Berhad, Encik Azhari Muhidin menerusi program Sumbangan CoopCare Rahmah Ramadan ANGKASA di Sri Pentas, Petaling Jaya pada hari ini (19 April 2023).

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, hubungan ANGKASA dan media yang boleh diibaratkan ‘bagai aur dan tebing’ adalah ikatan yang perlu dieratkan dan dikekalkan kerana menerusi pelaporan rakan-rakan media, peranan ANGKASA yang diiktiraf kerajaan sebagai badan apeks gerakan koperasi mendapat perhatian sewajarnya dari pemegang taruh terutamanya pihak kerajaan.

Tambahnya, sepanjang Ramadan kali ini, hampir 2,000 pek makanan telah berjaya diagihkan kepada petugas media membabitkan lima agensi menerusi program Sumbangan CoopCare Rahmah Ramadan ANGKASA.

“Tahun ini merupakan tahun ke-11 ANGKASA menganjurkan aktiviti ini dan pihak kami juga bercadang untuk memperluaskan lagi agihan sumbangan pada Ramadan akan datang,” kata beliau.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd. Alias Hamzah.

Loading...
Terkini