23 April 2024: Dua helikopter masing-masing jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 yang dijadualkan pada awal bulan depan. 10 disahkan maut.
5 Mac 2024: Helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa, Klang.
11 Sept 2022: Juruterbang maut, Helikopter jenis Eurocopter EC120B di Malaysia terhempas di Hutan Simpan Chikus dekat Bidor, Perak.
24 Mac 2021: Dua cedera, manakala tiga lagi selamat selepas helikopter jenis Airbus AS350 B3 terhempas di LTSAAS.
5 Mei 2016: Helikopter jenis Eurocopter AS350 terhempas di Batang Lupar, Sarawak. Enam maut termasuk Ahli Parlimen Sungai Besar, Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.
4 April 2015: Pesawat jenis Eurocopter AS365 terhempas di Semenyih, Selangor. Enam maut, termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.
19 Julai 2012: Helikopter jenis Eurocopter EC120 terhempas di Sungai Lingga, Sri Aman Sarawak. Tiga maut, satu selamat (juruterbang berbangsa Jerman)
13 Julai 2007: Helikopter Sikorsky S-61A-4 (Nuri) terhempas di Genting Sempah, Pahang. Enam maut.
12 Julai 2004: Helikopter jenis Bell 206 Long Ranger terhempas Bario, Sarawak. Tujuh maut termasuk Menteri Muda Sarawak, Dr Judson Sakai Tagal.
Mac 1997: Helikopter Agusta A109E terhempas di Kuala Lipis, Pahang. Tiga maut termasuk Pengerusi DRB-Hicom Malaysia, Tan Sri Yahya Ahmad dan isteri, Puan Sri Rohana Othman.
19 Mac 1997: Dua helikopter jenis Sikorsky S-61A-4 (Nuri) terhempas di Sipitang, Sabah. 11 maut.
14 Jun 1996: Helikopter jenis Bell Long Ranger IV terhempas di kawasan perindustrian Sri Damansara, Kuala Lumpur. Lima maut.
29 November 1995: helikopter jenis Bell 412 SP terhempas di Laut Semarang, Sabah, 11 maut (dua masih hilang)
14 November 1989: Helikopter jenis Sikorsky S-61A-4 (Nuri) milik Tentera Udara Diraja Malaysia terhempas di Gunung Gerah, sempadan Kelantan-Perak, 21 maut.