comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar ucap takziah kepada keluarga Raymond Goh

 

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyampai berita Nightline TV3, Allahyarham Muhammad Zaman Goh Abdullah atau lebih dikenali Raymond Goh yang meninggal dunia, hari ini.

Anwar turut mendoakan keluarga Allahyarham tabah dalam menghadapi dugaan ini.

“Mendoakan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

”Dunia penyiaran akan merindui Allahyarham dan sudah pastinya juga, jasa beliau akan terus dikenang buat selama-lamanya,” katanya menerusi hantaran di media sosial X.

Artikel berkaitan: Raymond Goh meninggal dunia

Allahyarham  yang bertugas lebih 30 tahun dalam dunia penyiaran sebelum ini, berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.

Beliau memeluk agama Islam dan menggunakan nama Muhammad Zaman Goh Abdullah pada 31 Mac 2003.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, selepas solat Asar.

Loading...
Terkini