comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Raymond Goh meninggal dunia

PETALING JAYA: Penyampai berita Nightline, TV3, Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah meninggal dunia, sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.43 pagi.

Perkara itu dimaklumkan keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan kepada Buletin TV3.

Menurut isteri Allahyarham, Faridah Teh, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar dan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Terdahulu,  Raymond  yang bertugas lebih 30 tahun dalam dunia penyiaran berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.

Beliau memeluk agama Islam dan menggunakan nama Muhammad Zaman Goh Abdullah pada 31 Mac 2003.

Berita berkaitan: Allahyarham seorang yang sangat baik – rakan Raymond Goh

 

Loading...
Terkini