comscore
Tumpuan :
Nasional

Anwar ulangi pendirian tidak campuri urusan siasatan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di Konvensyen Perpaduan Perak di Ipoh hari ini.

Oleh: Hilmi Abdul Malik

IPOH: Kerajaan bertegas tidak mencampuri mana-mana urusan penguatkuasaan atau rampasan terhadap individu yang terkait rasuah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan tetap dengan pendirian untuk mengarahkan siasatan secara menyeluruh melibatkan individu yang memburu kekayaan secara haram.

“Saya tidak campur urusan satu persatu, ahli-ahli jemaah menteri, TPM tahu, kita tidak campur supaya siasat ‘Si A’ atau ‘Si B’ atau rampas harta Si A atau Si B.”

“Arahan kita itu menyeluruh, siapa sahaja yang dikesan memunggah kekayaan secara haram, menggondol kekayaan berbilion, dahulu apa lagi sekarang, tanggungjawab badan penguatkuasaan mestilah bertindak dengan tegas dan berani dan kita akan pertahankan mereka,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup di Konvensyen Perpaduan Perak di sini hari ini.

Tegasnya lagi, kekuasaan yang dimiliki kerajaan ketika ini seharusnya digunakan dalam usaha menyelamatkan negara daripada jenayah rasuah yang akhirnya mendatangkan beban ekonomi terhadap negara.

“Hutang RM1.1 trilion campur contingency liability iaitu government guarantee mencecah hampir RM1.5 trilion. Orang boleh suarakan kenapa bicara soal lama. Ya itu soal lama… kerana sekarang harus bayar (hutang).”

“Ini menuntut kita mengurus ekonomi secara bertanggungjawab, a responsible economic policy and management, not nessesarily popular, tapi kita kena ambil tindakan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya langkah untuk menggadaikan peruntukan pembangunan demi melangsaikan hutang negara bukanlah satu perkara yang bertepatan.

Ini termasuk dalam aspek pendidikan, prasarana serta kesihatan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini