comscore
Tumpuan :
Nasional

APM bantu bawa bayi menghidap penyakit kuning, ke klinik

Foto: APM

KUALA TERENGGANU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu seorang ibu muda untuk membawa bayinya yang berusia tiga hari mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Seri Langkap, Setiu, hari ini.

Raihan Nasuha Sadi, 24, dari Kampung Kasar, Setiu, di sini, berkata laluan di kawasan kediamannya ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter menyebabkan terpaksa meminta bantuan APM membawa bayi perempuan berusia tiga hari mendapatkan rawatan disebabkan menghidap penyakit kuning.

“Alhamdulillah, kita berterima kasih kepada APM kerana memenuhi permintaannya dengan menghantar ambulans untuk membawa bayi yang dilahirkan pada Isnin lalu ke Klinik Kesihatan Seri Langkap dengan selamat,” katanya.

Raihan berkata, laluan dari rumahnya ke jalan utama ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter selepas hujan lebat sejak semalam.

“Pada mulanya kita bercadang untuk mengharungi air ke lokasi yang lebih tinggi bagi mendapatkan kenderaan untuk membawa bayi mendapatkan rawatan.

“Tetapi atas nasihat kedua ibu bapa, saya memberanikan diri menghubungi APM untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap APM negeri, berkata sebuah ambulans bersama tiga anggota dihantar untuk mengambil Raihan bersama bayinya ke Klinik Kesihatan Seri Langkap, selepas menerima panggilan telefon.

“Raihan dan bayinya kini sedang menjalani rawatan dan kita juga akan menghantarnya pulang ke rumah,” katanya.

Loading...
Terkini