comscore
Tumpuan :
Nasional

Baby Shima saman PU Syed, Ketua Pemuda PAS Kuantan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu ‘Bang Jamal’, Baby Shima, 28,  bertindak menyaman pendakwah PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor berkaitan ucapan kata-kata fitnah terhadapnya.

Peguam, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi berkata pihaknya memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Malaya, Ipoh serta Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu.

“Kedua-dua tindakan terhadap individu-individu yang dinamakan difailkan di atas kausa tindakan saman fitnah (defamation) dan ‘malicous falsehood’ di bawah undang-undang ‘tort’.

“Setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang,” katanya.

Foto Instagram Baby Shima

Menurut Mohammad Noor Azfar, pihak Baby Shima tidak berhasrat untuk memberi komen lebih lanjut buat masa ini.

Langkah itu, katanya, diambil sebagai menghormati proses mahkamah serta pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.

“Kami juga sudah menerima arahan untuk mengambil tindakan dalam masa terdekat ini terhadap beberapa individu dan syarikat lain yang terbabit menyalahgunakan nama anak guam kami bagi tujuan komersil,” katanya.

Terdahulu, Abd Rahman pernah mendakwa penyanyi berkenaan ‘menjual agama’ kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak pula didakwa memfitnah dan menuduhnya tidak mengerti soal halal dan haram berhubung penganjuran sesuatu konsert.

Loading...
Terkini