comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan di Sitiawan

 

Oleh Shaharil Kadir

SITIAWAN : Tiga sekeluarga maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan berhampiran Jambatan Permaisuri Bainun, di sini malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Perak, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 11.13 malam.

Kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Saga dinaiki 5 sekeluarga dan sebuah Chevrolet Captiva dipandu seorang wanita.

Pasangan suami isteri dan seorang anak mereka yang menaiki Proton Saga maut di lokasi kejadian.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Mohamad Adam Che Embi, 33, Nur Hamizza Hamdan, 32 dan Mohamad Aisy Hakim, 2 tahun

Nahas turut menyebabkan kenderaan jenis Chevrolet terbakar 80 peratus.

Dua lagi anak pasangan berkenaan, Nur Aisyah Umairah, 6 dan Mohamad Hakimi Amsyar , 4 serta pemandu Chevrolet Captiva cedera.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Seri Manjung.

Jenazah tiga beranak itu dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Pengkalan Baharu, Pantai Remis.

Loading...
Terkini