comscore
Tumpuan :
Bencana

Banjir di Melaka susulan hujan cecah 100mm

Foto hiasan

MELAKA: Banjir yang berlaku di Melaka, terutama di Jasin adalah susulan hujan berterusan sehingga mencecah 100 mililiter (mm) sehari.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Left Kol (PA) Kamarulsyah Muslim, berkata bacaan itu diukur di beberapa stesen telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di negeri berkenaan pada Rabu lalu.

“Hujan berterusan menyebabkan peningkatan air sungai yang melimpah ke tebing sehingga menyebabkan banjir di kawasan sekitar.

“Bagaimanapun kebanyakan paras air sungai di Melaka masih di peringkat waspada ketika ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini, air laut pasang namun tidak tinggi dan tidak menghalang air banjir turun secara beransur ke laut.

Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di Melaka sehingga esok.

Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada 379 orang daripada 97 keluarga pada 8 pagi ini berbanding 204 orang daripada 50 mangsa pada 8 malam tadi. – BERNAMA

Loading...
Terkini