comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir Kelantan: Dua sungai lepasi paras bahaya

KOTA BHARU: Susulan hujan berterusan sejak semalam hingga hari ini, dua sungai di Kelantan melepasi paras bahaya, dua paras amaran dan enam sungai lagi di tahap berjaga-jaga.

Berdasarkan laman web publicinfobanjir.water.gov.my, dua sungai yang melepasi paras bahaya ialah Sungai Aring di Felda Aring yang mencatatkan bacaan 80.16 meter (m) dan Sungai Lanas di Air Lanas iaitu 29.56m.

Dua sungai yang melepasi paras amaran ialah Sungai Pergau di Kuala Balah iaitu 55.34 m dan Sungai Golok di Rantau Panjang iaitu 8.28m, manakala enam sungai melepasi paras berjaga-jaga adalah Sungai Lebir di Kuala Koh (70.34m); Sungai Galas di Chegar Lapan Kelantan (23.39m); Sungai Galas di Dabong (35.39m).

Tingkat bawah Masjid Mukim Chenulang, Kuala Krai ditenggelami banjir setinggi dua meter susulan limpahan Sungai Pertang sejak awal pagi tadi – Foto NSTP

Selain itu, Sungai Kelantan di Kuala Krai (21.74m); Sungai Golok di Kuala Jambu (2.19m) dan Sungai Semerak di Jambatan Melor (7.70m) turut melepasi tahap bahaya.

Sementara itu, berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir meningkat kepada 811 mangsa pagi ini berbanding 670 orang malam tadi.

Semua mangsa membabitkan 224 keluarga itu ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS).

Jeli menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan tiga PPS dibuka daerah berkenaan mulai pagi ini manakala dua lagi PPS dibuka di Pasir Mas.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini