comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir Terengganu: 1,812 mangsa di 24 PPS

Keadaan banjir di Kampung Belimbing, Dungun. – Foto: NSTP

KUALA TERENGGANU: Empat daerah masih terjejas akibat banjir gelombang keempat yang bermula Selasa lalu dengan 1,812 mangsa dilaporkan terkesan.

Setakat jam 8 pagi ini, semua mangsa daripada 515 keluarga berada di 24 pusat pemindahan sementara (PPS) di Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu.

Sebanyak 10 PPS dibuka di Dungun, tujuh di Besut, empat di Setiu dan tiga di Hulu Terengganu.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Dungun merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,188 mangsa daripada 348 keluarga yang masih berlindung di 10 PPS.

Ia diikuti Besut yang merekodkan seramai 416 mangsa daripada 98 keluarga di tujuh PPS.

Di daerah Hulu Terengganu, tiga PPS masih aktif bagi menempatkan 121 mangsa (54 keluarga) manakala seramai 87 mangsa daripada 15 keluarga di Setiu ditempatkan di empat PPS di daerah berkenaan.

Ketika ini, beberapa kawasan di negeri ini masih hujan.

Loading...
Terkini