comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Peguam direman 4 hari, didakwa terima sogokan RM1.6 juta

 


IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang peguam selama empat hari bagi membantu siasatan kes sogokan berjumlah RM1.6 juta daripada seorang usahawan.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Ipoh, Noor Azreen Liana Mohd Darus di lokap mahkamah, Wisma Wan Mohamed, di sini, hari ini.

Lelaki berusia 30-an itu direman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, media melaporkan SPRM Perak menahan seorang peguam yang dipercayai menerima sogokan berjumlah RM1.6 juta daripada seorang usahawan di sebuah restoran di Jalan Kuala Kangsar, di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Difahamkan, wang sogokan itu sebagai dorongan membantu menutup kes jenayah penipuan pelaburan usahawan terbabit.

Peguam itu ditahan selepas menerima wang tunai berjumlah RM100,000 serta dua keping cek bernilai RM 1.5 juta daripada usahawan berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini