comscore
Tumpuan :
Nasional

BAP 2024 ibu bapa tidak perlu isi borang – Fadhlina

PUTRAJAYA: Bagi mendapatkan Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2024, ibu bapa murid tidak perlu mengisi borang permohonan.

Ini kerana rekod murid sudah ada di sekolah dan jumlah bantuan diberikan kepada setiap murid juga adalah sama seperti sebelum ini.

 

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, ibu bapa boleh mengambil BAP secara terus dari pihak sekolah seperti yang diadakan pada tahun ini.

“Sebanyak RM150 akan diberikan kepada setiap murid secara sekali bayar,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan di sini hari ini.

Sebelum ini KPM dalam kenyataannya berkata, BAP akan disalurkan bermula Januari 2024 menerusi sekolah masing-masing yang akan dimanfaatkan kepada seramai 5,254,200 orang murid seluruh negara.

Persidangan bertemakan Karamah Insaniah; Tunjang Kesejahteraan Warga Pendidik Ke Arah Membangun Malaysia Madani ini dianjurkan Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Persidangan ini menjadi salah satu platform perkongsian profesional tahunan yang dihadiri oleh semua kaunselor pendidikan dari Bahagian Psikologi dan Kaunseling di bawah KPM.

Dalam perkembangan lain Fadhlina berkata, KPM komited untuk mencapai sasaran nisbah se orang guru kaunseling bagi 250 murid sekolah rendah dan menengah bagi Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk mencapai sasaran nisbah seorang guru kaunseling bagi 250 murid sekolah rendah dan menengah bagi memastikan saranan dan intervensi yang diperlukan klien berjalan dengan efisien dan efektif.

Menurutnya, KPM sedang berusaha dan bekerja keras ke arah mencapai sasaran itu dan persidangan yang diadakan ini juga menjadi salah satu usaha bagi menjayakan hasrat itu.

Katanya, pendekatan kaunseling khusus kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) perlu diberikan tumpuan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling di samping memahami aspek silang budaya kerana golongan murid ini merupakan orang kurang upaya (OKU).

“Budaya MBPK mempunyai perbezaan dengan budaya murid normal dan perkara ini menjadi cabaran kepada guru terbabit,” katanya.

Loading...
Terkini