comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu beg sekolah berat bermusim – Fadhlina

BAYAN LEPAS: Inisiatif Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai menghasilkan inovasi bagi menyelesaikan isu beg sekolah berat mendapat pujian Kementerian Pendidikan (KPM).

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata lebih membanggakan inisiatif menggunakan meja asal dibekalkan kerajaan yang diubahsuai itu melayakkan sekolah berkenaan dinobat 10 sekolah terbaik menerusi Anugerah World Best School Prizes (WBSP) 2023  bagi kategori inovasi.

“Isu yang telah diangkat dalam inovasi ini sebenarnya sering menjadi bualan dalam musim tertentu dan (masalah) beg sekolah beg berat ini bukan (dibangkitkan) setiap musim.

“Sebab itu saya fikir keadaan ini penting apabila inovasi tersebut wujud ia berikan kita peluang untuk melihat dengan lebih jauh,” katanya ketika melawat SK Seri Permai di sini hari ini.

Inovasi meja dan ruang simpanan buku dikenali sebagai Smart and Easy Table (SnET) 2.0 yang diilhamkan sendiri oleh Guru Besar SK Seri Permai, Mohammad Sabarullah Shaik Ismail.

Meja pintar dilengkapi laci dan rak mini berkunci itu sudah digunakan sejak 2020 secara berperingkat dan berjaya menangani isu beg berat dari tujuh hingga 10 kilogram (kg) kepada sekitar 2.5 kg.

Fadhlina berkata guru besar sekolah turut membawa prototaip inovasi berkenaan untuk ditunjukkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kedah baru-baru ini dan ia membuktikan negara mampu menghasilkan idea bertaraf dunia menggunakan acuan sendiri.

“Apabila kita melihat prototaip memang itulah meja yang digunakan anak-anak kita dan itulah meja sekolah di Malaysia.”Jadi apabila inovasi berlaku dalam acuan kita sendiri yang kita lihat hari-hari inilah yang dinamakan inovasi bertaraf dunia dalam acuan dan budaya kita.”Pastinya inovasi sebegini akan terus diangkat KPM dan kita akan bincang bagaimana untuk berkongsi dalam konteks sekolah-sekolah,” katanya.

Terdahulu beliau mengumumkan RM150,000 sebagai galakan untuk SK Seri Permai menjadi inspirasi dalam mencetuskan idea dan ciptaan yang bermanfaat dalam pembangunan murid dan akdemik di sekolah berkenaan.

Loading...
Terkini