comscore
Tumpuan :
Nasional

Bapa Redha Keadaan Ainul Mardhiah

Oleh Buletin Tv3

PETALING JAYA: Selepas bertarung hampir 10 hari di hospital, Ainul Mardhiah masih lagi ditidurkan selepas diserang penyakit sawan pada Isnin lalu.

Bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak menerusi muat naik di laman Faceebok hari ini dipetik berkata, beliau memohon doa dari Allah agar doktor dapat mencari punca masalah anaknya itu.

“Saya redha dan saya dah halalkan anak saya, namun saya tidak akan berputus asa dan tak akan berhenti berdoa.

“Apa yang bakal berlaku, saya percaya itu lah yang terbaik dariNYA. Doktor semua sedang berusaha keras mencari jalan rawatan yang terbaik, saya saksikannya. Kakak misi (jururawat) pun semua jaga Ainul dengan baik.

“Kita usaha, kita doa dan akhir sekali, kita kena sedar bahawa Allah SWT jua lah pemilik segala kesembuhan dan kesihatan.

“DIA (Allah) kalau nak bagi, tidak ada satu tangan pun boleh halang. Begitu juga jika DIA (Allah) nak tarik nikmat nikmat yang ada dalam hidup kita hari ini,”katanya.

Menurut Ahmad Safiuddin, Ainul masih menggunakan alat ventilator ekoran keadaannya yang tidak memuaskan ketika ini.

Loading...
Terkini