comscore
Tumpuan :
Nasional

Kuman Dipercayai Menyerang Otak Ainul Mardhiah

PETALING JAYA: Virus atau kuman dipercayai menyerang otak bekas pesakit kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin hingga menyebabkan kanak-kanak itu mengalami sawan yang luar biasa.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Facebooknya.

“Doktor syak ada virus/kuman menyerang otak Ainul sebab itu dia mengalami sawan yang luar biasa, mereka sedang tunggu result sample yang diambil” katanya .

Semalam Ahmad Safiuddin berkata anaknya itu menunjukkan respons positif setelah ditidurkan akibat serangan sawan beberapa kali.

Dia memaklumkan Ainul Mardhiah sudah mula menunjukkan pergerakan tangan berulang kali.

“Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, pejuang kecil kami dah mula angkat-angkat tangan,” tulisnya.

Terdahulu, keadaan Ainul Mardhiah dilaporkan semakin teruk sehingga pihak hospital terpaksa melakukan semula prosedur yang sama seperti hari pertama dia mengalami jangkitan kuman pada minggu lalu.

Loading...
Terkini