comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu

 

LAHAD DATU: Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam di sini malam ini.Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.24 malam tadi.

Foto orang awam

“Tujuh anggota dan pegawai bergerak ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 23 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya operasi menyelamat masih dijalankan dan jumlah mangsa terlibat masih belum dapat dipastikan sehingga kini.

Foto orang awam

“Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

— BERNAMA’

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini