comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bayi lelaki baru lahir ditinggalkan atas reban ayam

Oleh: Safwan Sawi

LAHAD DATU: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas reban ayam di kawasan Kampung Jawa, Lahad Datu, Sabah hari ini.

Kejadian kira-kira 6.30 pagi itu disedari seorang penduduk warga tempatan, 51 tahun semasa melihat kawasan reban ayam miliknya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis (ACP) Rohan Shah Ahmad berkata, sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah digegaskan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Bayi lelaki tersebut yang seberat 3.0 kg telah dibawa ke Hospital Lahad Datu bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Polis sedang berusaha mengesan suspek sebenar berhubung kejadian itu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian hotline IPD Lahad Datu, Sabah 089-881255 atau pegawai penyiasat kes Inspektor Sophia Thomas Kasau di talian 013-9392505.

Loading...
Terkini