comscore
Tumpuan :
Nasional

Bayi lelaki setahun terkunci dalam kereta diselamatkan

Bayi lelaki berusia setahun diselamatkan selepas terkunci di dalam kereta di parkir sebuah apartment di Jalan Bundusan, Penampang.-Foto: NSTP

PENAMPANG: Seorang bayi lelaki berusia setahun diselamatkan anggota bomba selepas terkunci di dalam kereta kira-kira 20 minit di parkir sebuah apartment di Jalan Bundusan, di sini, petang tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.30 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat mangsa.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa bayi lelaki berusia setahun terkunci di dalam kereta jenis Proton Saga.

“Pasukan bomba bertindak membuka pintu kereta terkunci menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pintu kereta kemudian berjaya dibuka dan mangsa berada dalam keadaan selamat.

“Mangsa diserahkan kepada ahli keluarganya dan operasi terkawal jam 6.50 petang.

“Operasi ditamatkan enam minit kemudian selepas memastikan tiada bahaya lain yang wujud di lokasi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini