comscore
Tumpuan :
Nasional

Bayi sakit Atrofi Otot Spina terima suntikan RM9 juta

 

KUANTAN: Pesakit Atrofi Otot Spina, SMA, Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan semakin pulih selepas mendapatkan suntikan ubat genetik Zolgensma bernilai lebih RM9 juta.

Muhammad Athif yang kini berusia setahun lapan bulan juga dilaporkan semakin stabil selepas menerima suntikan ubat termahal di dunia itu.

Suntikan diberikan pada 26 Julai lepas, hasil sumbangan orang ramai dan pelbagai badan bukan kerajaan, NGO.

Tangkap layar Buletin TV9/ Youtube

Ibu bapanya turut bersyukur dengan perkembangan positif ditunjukkan bayi mereka yang didakwa kini berupaya mengerakkan kedua-dua tangan dan kaki.

Muhammad Athif juga kini boleh bersuara selain berat badan semakin bertambah.

“Dari segi pernafasan, sebelum ni kan kalau tengok selalu berhenti bernafas asyik biru kalau bernafas kan, buka je mesin ni berhenti bernafas, sekarang banyaklah perkembangan, kalau time mandi dah boleh buka lah tapi slow-slow lah ikut doktor suggestion lah” kongsi ibu Athif.

Menurutnya Muhammad Athif menghidap SMA jenis satu sejak berusia dua bulan dan memerlukan suntikan genetik sebelum berusia dua tahun.

Apa pun bayi berkenaan masih memerlukan rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya sebulan sekali bagi tempoh beberapa bulan lagi.

“Saya rasa macam anak saya, ialah sebelum ni takde harapan untuk hidup doktor kata, boleh hidup enam bulan, sebelum dua tahun, saya rasa anak saya ni macam mati hidup semula kan sebagai harapan baru laa, untuk kami” ujarnya lagi.

Kepada semua pihak yang membantu dan prihatin menyelamatkan nyawa bayi mereka, keluarga ini menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini