comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Beberapa kawasan di Selangor dinaiki air

Foto ihsan bomba

PETALING JAYA: Hujan lebat berterusan petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Selangor dilanda banjir kilat.

Antara kawasan dinaiki air ialah di sekitar Kampung Melayu Subang, Sungai Buloh dan Subang.

Beberapa video banjir tular di media sosial termasuk di Pekan Subang.

Menurut Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pasukan bomba menerima panggilan berhubung situasi banjir di Jalan Jati, Kampung Melayu Subang pada jam 4.47 petang.

Tambahnya, banjir kilat berlaku di kawasan berkenaan akibat limpahan air sungai berhampiran.

Panggilan kecemasan turut diterima membabitkan banjir kilat di kawasan Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh apabila paras air banjir mencecah 0.6 meter.

Setakat ini, tiada pemindahan penduduk dilakukan.

Paras air dilapor mula surut tidak lama kemudian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini