comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekas komando dilihat hanyut ke dalam parit – Polis

BAHRIN (dua kiri) di pos kawalan tempat kejadian berdekatan Taman Pelangi di Kluang. FOTO Mohamad Fahd Rahmat

KLUANG: Bekas komando, Ab Manan Keri, 73, dilihat hanyut ke dalam parit berhadapan bangunan Persatuan Eng Choon di Jalan Ismail, di sini, 4.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian itu dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dlihat polis, 11.30 pagi ini.

Beliau berkata, sebelum itu, mangsa dilihat berjalan mengharungi banjir kilat di kawasan berkenaan.

Bekas komando, Ab Manan Keri dikhuatiri hilang.

“Laporan polis dibuat keluarga mangsa pada 10.45 malam tadi dan menerusi pencarian di tempat kejadian menemui beg silang milik mangsa.

.“Pencarian dilakukan di sepanjang empat kilometer Sungai Mengkibol dengan kekuatan lebih 50 pegawai dan anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya pada sidang media di pos kawalan tempat kejadian berdekatan Taman Pelangi di sini, hari ini.

Beliau berkata, berikutan hujan lebat, operasi pencarian di sepanjang sungai ditangguhkan sementara.

Terdahulu, media melaporkan, beg silang milik bekas komando, Ab Manan Keri, 73, yang dilaporkan hilang ditemui orang awam tidak jauh dari lokasi majlis jamuan teh yang dihadiri mangsa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini