comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekas Speaker DUN Negeri Sembilan meninggal dunia

JELEBU: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Zulkefly Mohamad Omar meninggal dunia tengah hari tadi.

ADUN Klawang, Datuk Bakri Sawir mengesahkan kematian Zulkefly Mohamad yang pernah menjadi calon Parlimen Jelebu bagi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

”Saya tidak dapat pastikan masa sebenar kematian arwah yang sedang dirawat itu namun berdasarkan maklumat yang diterima jenazah akan dibawa pulang ke Lenggeng dan akan dikebumikan di sana selepas Asar,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Zulkefly Mohamad dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang, Selangor serta ditidurkan sejak kelmarin akibat jantung lemah selain beberapa komplikasi penyakit lain.

Zulkefly Mohamad menjadi Speaker DUN selepas PH mengambil alih kerajaan negeri sebaik memenangi PRU14 pada 2018.

Loading...
Terkini