comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Belanjawan 2024: RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90.1 bilion untuk pembangunan

 

KUALA LUMPUR : Sejumlah RM393.8 bilion untuk 2024 diperuntukkan bagi Belanjawan 2024.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia merangkumi RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion untuk pembangunan dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

”Belanjawan 2024 yang saya ungkap sebagai Belanjawan MADANI Kedua menghamparkan tekad dan kesungguhan Kerajaan
Perpaduan dalam memaknai sebuah cetusan nurani bagi mengangkat darjat harakat ekonomi negara dan rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Foto hiasan

Jelas beliau, kadar pengangguran berjaya diturunkan kepada kadar 3.4 peratus setakat Ogos tahun ini.

”Alhamdulillah, menjengah usia hampir setahun, pimpinan Kerajaan Perpaduan sedaya upaya menjelmakan semula kekuatan watan. Ekonomi domestik Malaysia terus kukuh.

”Kadar pengangguran berjaya turun kepada kadar 3.4 peratus setakat Ogos 2023; iaitu terendah hampir menyamai kadar sebelum COVID-19 (3.3 peratus),” tambah beliau.

Laporan lanjut menyusul.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini