comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: PM bentang Belanjawan 2024 jam 4 petang ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di bangunan Parlimen pada jam 3:40 petang untuk membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI

Oleh Siti Khadijah Jaafar, Hamdi Fahmi Mohd Zaki dan Aslina Abu Bakar 

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di bangunan Parlimen pada jam 3:40 petang untuk membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI.

Datuk Seri Anwar yang berbaju melayu berwarna ungu dijadual membentangkan Belanjawan 2024 jam 4 petang ini.

Ini merupakan belanjawan kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau, yang juga Menteri Kewangan.

Belanjawan 2024 dijangka akan terus mencerminkan semangat rangka kerja Ekonomi MADANI dengan fokus meningkatkan kualiti hidup rakyat menerusi penyusunan semula ekonomi dan pengagihan kekayaan secara saksama.

Pembentangan ini juga dijangka menyaksikan kerajaan mengumumkan langkah-langkah pembaharuan fiskal, mengukuhkan pengurusan dan mempelbagaikan sumber hasil di samping mengurangkan ketirisan serta mengoptimumkan perbelanjaan.

Belanjawan 2024 bakal menyaksikan penyepaduan dasar-dasar menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI.

Loading...
Terkini