comscore
Tumpuan :
Nasional

Berpantang maut sebelum ajal

KOTA TINGGI: Berpantang maut sebelum ajal. Itu nasib yang dialami seorang penunggang motosikal yang cedera dan patah kaki kiri selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang berhampiran Taman Rem, dekat sini pagi tadi.

Mangsa yang berumur 40an dihempap sebatang pokok di tepi jalan berketinggian 10 meter menyebabkan laluan terhalang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan jam 12.56 tengah hari.

Justeru sebuah kereta bomba bersama 6 anggota dari Balai Bomba Kota Tinggi diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Mohd Syukri Mohd Yusof dikejarkan ke lokasi.

“Mangsa telah diserahkan kepada ambulans KKM sebelum pasukan tiba di lokasi. Änggota bertindak memotong bahagian pokok yang tumbang dan membersihkan serpihan batang kayu yang bertaburan di atas jalan sebelum pulang ke balai” katanya.

Difahamkan mangsa berada dalam keadaan stabil.

Loading...
Terkini