comscore
Tumpuan :
Nasional

Berpantang maut sebelum ajal

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu nyaris maut selepas kereta Myvi yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Kemalangan berlaku di Kilometer 13.7 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, jam 8.40 pagi tadi.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa seorang lelaki tempatan berumur 30-an sedang dalam perjalanan dari arah pusat bandar Johor Bahru ke Ulu Tiram.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata sebaik tiba di lokasi kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas hingga melanggar besi pembahagi jalan dan tiang papan tanda.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk menerima rawatan.

Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini