comscore
Tumpuan :
Nasional

Black Hawk lewat terima, Mindef akan urus ikut syarat kontrak – Khaled

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa melakukan lawatan kerja ke Kem Mahkota Kluang di Kluang, Johor. FOTO: NSTP

KLUANG: Isu kelewatan penghantaran pertama helikopter Black Hawk Tentera Darat Malaysia (TDM) yang sepatutnya tiba pada April lalu akan diuruskan sebagaimana yang disyaratkan dalam kontrak.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata jika tiba waktunya pihak kementerian menilai kontrak itu tidak boleh dilaksanakan, baharulah pihaknya membuat keputusan sama ada batal, buka tender semula dan sebagainya.

“Biasa dalam soal procurement (perolehan) seperti ini, dia akan ada kelewatan dan soal kita mengurus kelewatan itu seperti yang terdapat dalam syarat syarat kontrak.”

“Itu sebabnya dalam kontrak kita mengambil kira bahawa perkara seperti ini memang akan terjadi, jadi bila ia betul betul berlaku, maka kita rujuk kepada kontrak.”

“Tapi akan ada satu masa kita akan menganggap bahawa memang betul betul tak boleh nak dilaksana maka dengan demikian pada ketika itu kita perlu buat keputusan sama ada batal, sama ada buka tender semula dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan lawatan kerja ke Kem Mahkota Kluang di sini hari ini.

Hadir sama, Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin.

Terdahulu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dilaporkan berkata penghantaran peringkat pertama itu melibatkan sebuah daripada empat helikopter jenis Sikorsky UH-60A+ Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat.

Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada November lepas, bagaimanapun susulan beberapa kekangan melibatkan kontraktor dan pengeluar helikopter berkenaan menyebabkan berlaku sedikit kelewatan.

Ketika ditanya mengenai kenapa kerajaan tidak membeli helikopter berkenaan tetapi cuma menyewa, Mohamed Khaled berkata ia sejajar dengan langkah penjimatan oleh kerajaan.

“Ya dahulu memang beli (aset kententeraan) tetapi sekarang ini pendekatan kerajaan untuk memajak kerana ada elemen penjimatan dan sebagainya.”

“Bila nak beli helikopter, kapal ke dia bukan macam beli kereta terus kat situ ada, jadi dia kena order bahan bahan yang dalam heli atau kapal ia mesti nak ditentukan.”

“Kalau nak beli dia punya weapon system jenis apa kalau nak beli … dia bukan macam beli kereta, beli kereta hari ini nak esok dapat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini