comscore
Tumpuan :
Nasional

Bomba bantu murid kaki tersepit di longkang

Anggota bomba mengeluarkan kaki murid yang tersepit di celah besi penutup longkang di Kampung Baru, Bintulu hari ini. -Foto ihsan JBPM

KUCHING: Khidmat khas bomba terpaksa digunakan bagi mengeluarkan kaki murid lelaki yang tersepit di celah besi longkang di Bintulu, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.50 tengah hari.

Menurutnya, sepasukan 10 anggota termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi didapati kaki seorang kanak-kanak lelaki tersepit di celah besi penutup longkang di Jalan Kampung Baru Masjid Darul Salam.

“Pasukan bomba bertindak menggunakan ‘rescue tool’ bagi memotong besi itu sehingga berjaya mengeluarkan kaki murid terbabit,” katanya.

Menurutnya, murid terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini