comscore
Tumpuan :
Nasional

Bomba selamatkan anak lembu jatuh longkang

Anggota bomba menyelamatkan anak lembu yang terperangkap dalam longkang sedalam 1.5 meter di jalan utama Antaragapi, semalam. – FOTO: Ihsan JBPM

HULU SELANGOR: Seekor anak lembu yang terperangkap dalam longkang di jalan utama Antaragapi, di sini, semalam, diselamatkan anggota bomba.

Difahamkan, haiwan seberat kira-kira 80 kilogram itu sudah terperangkap sejak dari pagi kelmarin dalam longkang sedalam 1.5 meter itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan jam 6.12 petang.

“Sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Berdasarkan laporan awal, pemanggil memaklumkan dia mencari pemilik anak lembu itu di kawasan sekitar namun tidak dapat dikesan.

“Sehingga ke waktu petang, haiwan terbabit masih berada dalam longkang menyebabkan dia bertindak menghubungi bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Morni berkata, anggota bertugas menangkap dan mengangkat anak lembu berkenaan dengan menggunakan tali dan hos ke tempat selamat.

Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya jam 6.53 petang. — BERITA HARIAN

Loading...
Terkini